Kima sisik
Kima sisik

Kima sisik

Kima sisik (Tridacna squamosa)[3][4] juga dikenali sebagai kima seruling,[5] ialah spesies dwikatup dalam keluarga Cardiidae.[1][6]Ia salah satu daripada beberapa spesies kepah besar yang berasal dari terumbu karang cetek di Lautan Hindi dan Pasifik Selatan. Ia dibezakan oleh tepi bergalur besar bak daun pada cangkangnya yang dipanggil skut dan bukaan bisal yang kecil berbanding dengan ahli subkeluarga Tridacnindae yang lain. Warna biasa mantel menjulat daripada coklat dan ungu kepada hijau dan kuning yang disusun dalam corak linear memanjang atau bak tompok. Tridacna squamosa tumbuh hingga 40 sentimeter (16 in) rentas.Sesil pada masa dewasa, tisu mantel kepah ini bertindak sebagai habitat untuk alga simbiotik dinoflagelat bersel tunggal (zooxantela) dari mana ia mendapat sebahagian besar pemakanannya. Pada siang hari, kepah ini merentangkan tisu mantelnya supaya alga menerima cahaya matahari yang ia perlukan untuk berfotosintesis.

Rujukan

WikiPedia: Kima sisik http://www.wetwebmedia.com/tridacnidart.htm https://sealifecollection.org/taxon/207674 https://www.biodiversitylibrary.org/item/47441 http://dare.uva.nl/record/340850 http://www.conchology.be/en/shelltopics/visaya-net... https://marinespecies.org/aphia.php?p=taxdetails&i... https://www.iucnredlist.org/species/22140/9362870 https://doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.1996.RLTS.T22140... https://cites.org/eng/app/appendices.php https://repository.seafdec.org.my/handle/20.500.12...